• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

DARI DAPUR LATIHAN KE PENTAS GEMILANG, BELIA ASNAF TVET MAIPk RAI PENGIKTIRAFAN TERTINGGI

IPOH, 9 Ogos 2025 – Hari ini menjadi detik bersejarah buat anak-anak asnaf apabila Majlis Graduasi Haaza Centre of Excellence 2025 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Konvensyen, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.

Seramai 25 belia asnaf yang mengikuti latihan di Haaza Centre of Excellence berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan serta Pembuatan Pastri dengan kelulusan cemerlang. Majlis ini bukan sekadar meraikan mereka yang tamatnya pengajian, malah menjadi titik permulaan kepada perjalanan mereka sebagai chef dan tenaga mahir dalam industri makanan, bersedia mewarnai dunia kulinari dengan rasa dan kreativiti tersendiri.

Sebagai sebuah akademi kulinari berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Haaza Centre of Excellence komited melahirkan generasi pelatih yang cekap, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran industri makanan serta hospitaliti. MAIPk melalui Bahagian Pemerkasaan Asnaf telah membelanjakan sebanyak RM500,000.00 bagi menaja sepenuhnya pengajian 25 belia asnaf ini, sekali gus membuktikan bahawa golongan asnaf juga berupaya melakar masa depan yang gemilang.

Pelajar tajaan MAIPk, Nur Shazeren Iskandar bin Saharudin (Penyediaan dan Pembuatan Makanan) turut dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pengurusan MAIPk, Tuan Haji Bakri bin Lee dan Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman.

Syabas graduan! Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua untuk berani bermimpi, berusaha tanpa henti, dan membuktikan bahawa tiada batas untuk berjaya.

video : Graduasi Haaza Centre of Excellence 2025: Belia Asnaf TVET MAIPk Catat Pencapaian Cemerlang





LEBIH RM56,000 BANTUAN DISALURKAN, MAIPk SANTUNI ASNAF MISKIN, WARGA EMAS & OKU DI KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 7 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menerusi Program Ziarah Asnaf terus menzahirkan komitmen dalam menyantuni golongan asnaf yang memerlukan melalui penyaluran pelbagai bentuk bantuan demi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan mereka.

Turut bersama dalam program ini ialah Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Wan Maizura binti Wan Zahari; Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, Munawir bin Mohamad Noh; serta Pengurus Besar Zon Timur, Zul-Azri bin Hosaini.

Program ini memfokuskan lawatan ke kediaman lima penerima bantuan di sekitar daerah Kuala Kangsar yang terdiri daripada golongan asnaf miskin, warga emas dan individu berkeperluan khas (OKU). Setiap kunjungan bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, bahkan memberikan sokongan moral serta memastikan kebajikan para asnaf terus terbela.

Jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan dalam program ini mencecah RM56,445.50. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM35,000.00 diperuntukkan bagi bantuan bina rumah, RM7,500.00 bagi bantuan modal berupa mesin pemproses dodol, manakala selebihnya merangkumi pembekalan keperluan perubatan seperti lampin pakai buang, susu khas dan ubat-ubatan.

Program ini mencerminkan usaha berterusan MAIPk dalam memperkasa ekonomi golongan asnaf dan memastikan tiada kelompok yang terpinggir daripada menerima perhatian dan bantuan yang sewajarnya. MAIPk akan terus mempergiat pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan agar manfaat zakat dapat diagihkan secara adil, menyeluruh dan berimpak tinggi kepada mereka yang benar-benar memerlukan.







KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH (PKBG) PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MAIPk

IPOH, 7 Ogos 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md. Salleh telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG), PKP S. Tanabal A/L Socklingam bersama delegasi bagi membincangkan kerjasama strategik berhubung pengoperasian dan pembangunan Akademi Az-Zahrah.

Sesi perbincangan turut menyentuh penghargaan atas sumbangan MAIPk kepada Akademi Az-Zahrah, laporan status semasa serta cadangan penganjuran majlis perasmian akademi tersebut.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen MAIPk dalam memperluas jaringan pemerkasaan asnaf serta mendukung inisiatif pemulihan berasaskan nilai Islam, seterusnya memberi harapan baharu kepada insan yang memerlukan peluang kedua.




LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI SARAWAK KE MAIPk

IPOH, 6 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak yang diketuai oleh Peguam Kanan Negeri, Hisyamudin bin Roslan.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian berkenaan tatacara pengurusan kes-kes pengisytiharan status agama Islam oleh pihak MAIPk, khususnya dari aspek perundangan dan pengurusan institusi agama negeri.

Delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Wan Maizura binti Wan Zahari, bersama Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat, Rohizan bin Omar serta Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik, Keurusetiaan dan Adat Melayu, Munawir bin Mohamed Noh.

Sesi lawatan ini turut membuka ruang perbincangan dua hala serta pertukaran pandangan antara kedua-dua pihak mengenai prosedur dan amalan terbaik dalam pengurusan kes-kes berkaitan pengisytiharan status agama Islam.





Kunjungan Hormat TERAS Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pemerkasaan Ekonomi Asnaf

IPOH, 6 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan hormat daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) yang diketuai oleh Pengurus Sektor Khidmat Pengurusan, Muhammad Sayifullah bin Masiron.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Wan Maizura binti Wan Zahari serta Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman. Turut hadir, Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan TERAS, Fasihah binti Mat Radzi dan Pengurus Sektor Perkhidmatan Jahitan TERAS, Nor Liza binti Abdul Manan.

Sesi perbincangan dua hala ini diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkasa ekonomi golongan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan keusahawanan dan peningkatan kemahiran.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.