SULTAN PERAK PERKENAN 81 BELIA BACA KHUTBAH JUMAAT ESOK
IPOH, 8 Mei 2025 - Menjelang sambutan Hari Belia Negara, Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan Khutbah Jumaat pada 9 Mei 2025 bertajuk " BELIA BERKEYAKINAN MEMENUHI WAWASAN DUNIA AKHIRAT".
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri telah memperakukan nama 81 orang pemimpin belia di negeri Perak untuk diangkat sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, bagi mendapat perkenan baginda dibenarkan berperanan sebagai khatib jemputan membaca khutbah Jumaat di masjid- masjid di negeri Perak.
Mengiktiraf peranan penting masyarakat belia, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan 81 orang pemimpin belia di negeri Perak untuk menyempurnakan peranan sebagai khatib jemputan pada 9 Mei 2025, di 81 buah masjid di negeri Perak.